Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN KERJA RASMI DARI REPUBLIK DEMOKRATIK TIMOR-LESTE

​Khamis, 24 Zulkaedah 1446H bersamaan 22 Mei 2025M

Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah menerima rombongan delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste yang membuat lawatan kerja ke pertapakan projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7, Mukim Serasa. Rombongan diketuai oleh Naib Perdana Menteri II, Tuan Yang Terutama Mariano Assanami Sabino.


Ketibaan rombongan delegasi di pejabat pertapakan projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7 disambut oleh Pegawai Penyelia projek, Yang Mulia Awang Muhd Zaim Arifin bin Rosli. Turut hadir adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani, Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan Yang Mulia Awang Haji Md. Sufri bin Haji Abdul Hamid serta pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Perumahan dan Kementerian Pembangunan dan juga wakil dari kontraktor utama projek, Thong and Thong Sendirian Berhad.

_HDD3581.JPG _HDD3678.JPG _HDD3766.JPG


Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani. Seterusnya para delegasi telah diberikan penerangan ringkas mengenai projek perumahan yang berjalan pada ketika ini oleh Pegawai Penyelia projek. Rombongan delegasi juga berkesempatan melawat sebuah rumah contoh yang dibina di bawah projek berkenaan. 

_HDD3851.JPG _HDD3897.JPG


Melalui lawatan tersebut rombongan berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat lagi serta mempelajari tentang jenis-jenis rumah mampu milik bagi rakyat Negara Brunei Darussalam serta tatacara pembinaanya. Lawatan kerja diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Attachments